Rabu, 31 Ogos 2011

Sentimental Tahik

Adapun dunia ini hanya perulangan, peniruan dan pinjaman semata. Tak ada yang menarik di dunia ini melainkan bosan sahaja. Dunia adalah apa yang kita nampak, yang jelas, yang wujud, realiti, yang kasatmata walaupun seseorang itu rabun tahap kena belajar huruf braille. Sesuatu yang hip, yang baru kononnya, yang menjadi ikutan budak-budak sekarang sebenarnya sudah masuk arkaib dan muzium. Ianya diulang kembali kegemilangannya. Musim. Hmm... Bosan.

Tak perlulah nak dibangga-banggakan kononnya ilmu sudah melampaui usia sebenar, kerana ilmu dunia hari ini senang sekali dikutip dari wikipedia. Tak perlu memanjat rak-rak buku di khutubkhanah. Mungkin khutubkhanah hanya digunakan oleh pelajar universiti yang merasakan dirinya bijak, yang mesti masuk khutubkhanah. dan membaca, membaca, membaca sehingga cermin mata berkanta tebal - barulah dikatakan sebagai ahlil akademik, ilmuwan, cendekiawan, hartawan, sawan...

Tidakkah mereka kenalpasti bahawa segala-galanya berulang-ulang? Sejarah juga berulang, politik juga, masalah rumahtangga, pesyen, selebriti, profesor, siang, malam, hari, bulan, tahun, orbit, cakerawala, ajaran nabi-nabi dan rasul, agama, kitab-kitab, bukankah segalanya berulangan? Tidakkah mereka bosan menghadapi semua ini? Bosan beb, benda berulang-ulang ni... Astro sangat!

Dah la berulang, tiru pulak tu. Demokrasi Arab dah bangkit, kat sini mesti tiru. Pembangkang nak buat benda sekian-sekian, kerajaan pun tiru... Orang tu ada ideologi macam tu, orang ni pun tiru. Dah la tiru, pinjam pulak tu. Dah pinjam, tak sedar diri, tak pulangkan balik. Tak guna betul laa... (aku le tu... tak kata orang lain aih...)

Tapi, itulah hakikat dunia. Macam anjing. Datang dan pergi. Makan macam mana pun, keluar jadi tahik.

Sudah-sudah laa... Penat benda berulang ni. Ce cari yang tak berulang pulak... Yang teguh, yang pasti. Cukup-cukuplah sentimental... Sentikental pulak!